Usah bersedih,
Saat mentari menyinari hidupmu,
Ada awan memayungi wajahmu,
Saat wajahmu terbakar dek panasnya matahari,
Kala itu awan melindungi wajahmu,
Begitulah roda hidup ini,
Saat duka datang mengintai,
Ada bahagia yang menanti,
Usah berkeluh kesah dengan mehnahNya,
Usahlah menangis krn memikirkan mehnahNya,
Menangislah krn gembira dipilih olehNya,
Menjadi hamba yg sering diingatiNya,
Hamparan hidup penuh likunya,
Hanya hamba yg tabah & cekal mampu meredahnya,
Ianya mahar untuk syurgaNya,
Istiqomahlah dalam perjuangan ini,
Saat kau sunyi,
Temanmu ada untuk kau bicara,
Janganlah berputus asa,
Kerana kau mujahidah muda!

Ummu Khairul
19 Julai 2006
4.48 petang
Di antara pulau bukit-bukit
di balik karang batu-batu
aku mencari kilauan
mutiara-mutiara persaudaraan
yang telah jatuh bertaburan
dari kalung kesatuan
yang terputus berselerakan.

Di hamparan putih lautan tenda-tenda
kesedihan menyelimuti aku yang tergamam
di sunyi hati pecah berderai kaca rasa
melihat permata maknamu jauh tenggelam
ditarik ladung kolektivisme yang padam
ke gelita dasar individualisme yang dalam.

Di muktamar tahunan ini
telah jatuh bertaburan dan berselerakan
erti kesatuan dalam persaudaraan
titipan Junjungan di Haji Perpisahan.

Haji,
tangan-tangan kotor berdosa itu
telah meragut kembang persaudaraan
dari rekah tangkai kesatuan
yang pernah mekar segar dahulu
di jambangan hikmah ritualmu.

Jadilah kau kini…
kuntuman kembang kehilangan seri
sakar madumu tak lagi wangi.


FM
9 Zulhijjah 1430 H