Oleh: Saudara Masri

Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” Monolog Humaira sendirian di dalam hati.

“Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara.

Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilang. Humaira terdiam seketika.

“Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.

Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya.

“Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.

Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.”

Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.

Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?”

Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.”

“Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.

“Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.

“Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.

“Jom ibu.”

Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد

Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid.

*****

Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.

Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’set’kan telefonnya ke ‘silent mode’. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya.

Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”

SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. “Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.

Humaira membuka mesej yang diterima. “Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.”

Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya.

Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya.

“Alice!” jerit Humaira.

Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”

“Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”

“Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.

Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?”

Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu.

“Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.”

“Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”

Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice.

“Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.”

“Jom Alice!”

Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana.

“Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?” soal Humaira.

“Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.”

“Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.”

Alice tergelak. “Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.”

Alice menyambung lagi, “Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.”

“Ooo,” jawab Humaira pendek.

Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.

Ira, Alice tanya satu soalan boleh?” Alice bersuara perlahan.

Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.

Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.

Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?”

Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.

Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.

Kenapa?” soal Alice.

Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.

Ooo,” Alice seakan terpegun.

Bukhari tau pasal ni?” Alice menyoal lagi.

Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.

Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.

Never mind.”

Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.

Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi.

Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.

Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.

Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?”

Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.”

Kenapa?” soal Ira lagi.

“Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.”

“Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.”

“Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,” Alice berseloroh.

“Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,” Ira seakan merajuk.

“Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,” Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira.

Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.”

“Jom,” jawab Alice.

*****

Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu.

“Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?”

“Isy, mengarutlah Ira ni.”

“Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira.

“Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”

“Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?” soal Humaira sambil mencubit pipi Alice.

“Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.”

“Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula.

Alice terdiam. “Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut Alice pula.

Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara:

“Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal Alice.

“Heh betul sangatlah tu.”

Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.

“Siapa tu Ira?” soal Alice.

Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati.

“Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi.

“Kenapa tak jawab telefon tu?” Soal Alice lagi.

“Malas,” Jawab Humaira ringkas.

“Pelik,” terpacul perkataan itu dari mulut Alice.

Humaira memandang ke arah wajah Alice. Lalu menyoalnya, “Apa yang pelik?”

Alice mendiamkan diri. “Heh, tak ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah Alice jalan-jalan keliling kampung ni.”

“Boleh je, apa salahnya.”

“Eh, Alice dekat UK ambil course apa ya?”

“Alah Ira ni, takkan itu pun tak tahu.”

“Ira lupalah.”

“Alice belajar Comparative Religion di sana.”

“Wah, menarik!”

“Takdelah menarik sangat, tapi bestlah jugak. Hah Ira, Alice ada beberapa soalan ni, tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan Alice ni.”

“Kalau Ira tak nak jawab?” Ira menyal sambil tersengih.

“Ooo kalau Ira tak nak jawab, malam ni jugak Alice balik KL.”

“Ala merajuklah pulak dia. Hah apa soalannya?”

“Isy, kot ye pun sabarlah dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti kena marah.”

Humaira terus mengemas sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah. Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas.

“Hah, Ira dah kemas ni. Apa soalan Alice tu?”

“Ok, hari tu dalam kelas, ada pensyarah Alice cakap Islam ni suka sangat rendah-rendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka. Dia kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu, atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya.”

“Oo betullah apa yang pensyarah Alice cakapkan itu.”

“Isy, Ira macam tak rasa apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul.”

Humaira terdiam. Dia seolah memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan Alice itu. Bukan mudah, silap jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut mengubah hukum Allah pula. Alice merenung wajah Humaira. Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini.

“Ira, Alice minta maaf kalau soalan tadi buat Ira kecik hati. Alice tak ada niat apa-apapun.”

“Eh, ok je. Takde marah pun. Hah pasal soalan Alice tu. Memang betulpun. Tapi, ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu.”

“Apa maksud Ira?”

“Okey, macam ni. Memang menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih kepada anak lelaki.”

“Contohnya?” Alice menyoal lagi.

“Hah tu yang Alice kena faham. Dalam Islam lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja lelaki,” Humaira menerangkan dengan panjang lebar.

Alice kelihatan sedikit terlopong. Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi Alice itu.

“Bukan tu sahaja, lelaki juga kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka. Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji berpuluh ribu.”

“Ooo, macam tu rupanya.”

“Jadi, masalah yang timbul sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan rasa ditindas.”

“Kalau begitu, yang patut kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira?”

“Hah betullah tu.”

“Tak ada ke undang-undang yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab masing-masing?” soal Alice lagi.

“Entah, Ira pun tak pastilah Alice. Ira ni bukan pandai sangat bab-bab ni.”

“Isy, Ira pandai apa. Dah kuranglah sikit soalan Alice pasal Islam lepas Ira jawab tadi. Nanti balik UK, bolehlah Alice cakap macam Ira jawab tadi kat pensyarah Alice. Hehhe.”

“Hah kata tadi ada banyak soalan? Ni baru satu je.”

“Memang banyak pun, takpelah, nanti-nantilah, lagipun Alice nak duduk sini bukan sehari je. Banyak masa lagi.”

“Hah, Ira jangan lupa ye. Petang ni bawak Alice jalan-jalan kat kampung ni.”

“Iye, Ira tak lupanya.”

“Ok, Alice ngantuklah, Alice tidur kejap ye. Nanti bila dah nak petang, Ira kejutlah Alice ye.”

“Ok,” jawab Humaira pendek.

*****

Kedengaran azan Asar berkumandang. Humaira segera mengejutkan Alice. Lagipun selepas Asar nanti dia mahu membawa Alice melihat orang kampungnya yang akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban.

“Alice, Alice bangun. Dah petang ni.”

“Isy Ira ni, kacau betullah. Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari UK tak hilang lagi.”

“Heh jangan ngada-ngada. Tadi kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat kat Alice ke,” seloroh Humaira.

“Huih, apalak diaorang terpikat kat Alice, diaorang jatuh hati kat Ira le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni,” jawab Alice sambil ketawa.

“Dahlah tu, pergi mandi. Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar.”

****
Usai solat Asar. Humaira dan Alice pun bergerak keluar. Tiba-tiba Alice memanggil Humaira.

“Ira, kamu lupa satu benda lah?”

“Apa dia?”

“Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu,” jawab Alice sambil tangannya melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu.

“Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai niqab ni,” bisik Humairah ke dalam hatinya.

“Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh.”

“Alah dah terlupa nak buat macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.”

“Loyar buruk pulak budak ni,” jawab Alice.

“Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best.”

“Apa benda yang best sangat tu?”

“Alah ikut jele.”

Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira membawa Alice menaiki basikal LeRun nya. Alice duduk membonceng di belakang.

“Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak,” rungut Alice ketika basikal mereka melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai.

“Hahaha, Alice ni penakut lah jugak. Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.”

Humaira terus memecut basikal LeRun nya sambil Alice memeluk erat rakannya, takut-takut terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun dengan wajah Alice. Masakan tidak. Di sekolah dulu, Alice digelar sebagai Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan India pun ramai yang tertarik dengan keayuan wajahnya.

“Hah! Alice, kan aku dah kata ramai budak kampung ni nak ngorat kamu Alice.”

“Huh, tak ingin aku,” jawab Alice.

Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.

“Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat sini?”

“Hah! Alice, kamu pernah dengar tak tentang ibadah korban?”

“Pernah jugak, yang Alice tau nanti orang Islam akan sembelih lembu, kambing, ayam.”

Humaira tergelak. “Isy, mana ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah.”

“Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu.”

“Hah dah jom kita pergi tengok orang tu sembelih kambing.”

“Jom,” jawab Alice.

“Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak sembelih kambingle tu.”

“Eh mana kambingnya?”

“Tu, dalam kandang tu,” jawab Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang belum disembelih.

“Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu keluar. Kan senang, tak payah ulang alik nak ambik kambing tu dari kandang,” kata Alice.

“Hah, tu yang Alice kena tau. Islam ajar, kalau nak sembelih binatang, kita jangan takut-takutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice bayangkan kalau Alice tengk Ira kena sembelih macam kat Iraq tu,” terang Humaira.

“Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan dia kena sembelih.”

“Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke.”

“Oo macam tu.”

“Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena sembelihlah. Jom tengok.”

Bebarapa pemuda kampung itu sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. Seorang lelaki dalam lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya.

“Bismillah Allahuakbar,” pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu. Darah merah memancut keluar.

“Iii, kasianlah kambing tu.”

“Kenapa Alice?”

“Yelah, tak sampai hati Alice tengok dia kena sembelih.”

“Heh Alice, dah nama pun binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu hidup-hidup dalam periuk.”

“Hehe. Tapi macam menariklak Alice tengok cara orang tu sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je.”

“Mestilah Alice, cara nak masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar.”

Pemuda-pemuda kampung di situ segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecil-kecil sahaja supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai.

Kelihatan seorang pemuda yang berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daing yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang. Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan Alice. Dia seakan terpaku. Dia melambai kepada Alice.

“Amoi, meh sini ambil daging ni. Free ma, tak payah bayar.”

“Hah Alice, mamat tu panggi kamu ambil daging. Pergilah.”

“Isy seganlah, saya sorang je Cina kat sini.”

“Alah pergi jelah, dah dia panggil. Entah-entah dia minat kat Alice kot,” seloroh Humaira.

Alice terus pergi ke arah pemuda tersebut.

“Brother, bolehke saya ambil daging ni, saya bukan Islam le,” soal Alice.

“Ambil jele, apa salahnya, orang Islam ke, bukan Islam ke, semua boleh ambil. Ke kamu tak makan kambing?”

“Huh saya makan je apa yang boleh dimakan.”

“Hah nah ambil dua bungkus, satu untuk kamu, satu untuk kawan kamu yang pakai purdah tu.”

“O Thank you ye brother.”

“Amoi! Hah tunggu kejap!”

“Why?”

“Heh, kawan kamu yang pakai purdah tu siapa, orang kampung ni ke?”

“Oo brother minat kat dia ke, meh saya panggil dia nak tak.”

“Eh jangan! Saya nak tahu je,” segera pemuda itu memotong Alice sebelum sempat dia memanggil Humaira.

“Brother orang kampung ni kan, takkan tak tahu, dia tu anak tunggal makcik Limah yang duduk dekat hujung kampung tu.”

“Ooo,” pemuda itu seakan melopong.

“Hah okeylah brother, kawan saya dah ajak balik tu. Ok siye-siye.”

“Ok, bye,” jawab pemuda itu. Tanpa pemuda itu sedari, tukang sembelih tadi yang juga ayahnya memerhatikan sahaja dia berbual dengan Alice. Ayahnya datang ke arah dia.

“Heh, kau Mat, sempat lagi kau usha amoi tu ye?”

“Heh mana ada ayah, bagi dia daging je.”

“Haih bagi daging pun sampai 2 minit dia berdiri kat sini. Ke engkau berkenan kat dia?”

“Isy, ayah ni mengarutlah. Takkan saya nak minat amoi tu.”

“Heh apa salahnya. Hahaha,” ayah pemuda itu berkata sambil tertawa.

Humaira terus mengajak Alice untuk pulang. Jam tangan Alice menunjukkan jam 630 petang. Humaira mengayuh basikalnya perlahan-lahan.

“Hai slow pulak Ira bawak basikal. Tadi bukan main laju lagi dia.”

“Yelah, tadi Ira takut tak sempat nak bawak Alice tengok orang sembelih korban, sebab tu bawak laju-laju. Kenapa, Alice nak Ira kayuh laju-laju ke, Ira on je.”

“Heh taknak! Alice muda lagi, tak nak mati cepat, hehehe.”

“Eh Alice, tadi apa yang kamu dok borak dengan mamat jaga daging tadi? Bukan main lama lagi.”

“Heh, nape. Ira jeleske.”

“Huih, tak ingin Ira nak jeles.”

“Hehe,” Alice tertawa kecil.

** bersambung, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment