Humaira terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Jika diikutkan amat berat untuk dia mengingati kembali kisah lamanya itu. Kisah yang mahu dia hapuskan dari kamus hidupnya.

Isy Ira, tadi kata nak cerita, ni dia dok termenung pulak,” Alice menegur Humaira yang kelihatan sedang mengelamun.

Hah Alice nak dengar cerita dari mana?” soal Humaira pula.

Ok, Alice nak tahu macam mana Ira boleh kenal dengan Bukhari tu. Dulu, Ira just cerita Ira ada boyfriend nama Bukhari, Ira tak cerita pun macam Ira kenal dia,” Alice menerangkan.

Hah kalau macam tu, biar Ira start dengan detik-detik awal kitorang kenallah.”

*****

Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah”, kedengaran suara imam memberi salam. Semua jemaah mengikutnya, berpaling ke kanan, selepas itu berpaling ke kiri.

Kesemua jemaah sedang khusyuk beristighfar.

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”. Selepas itu mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah. Perlahan-lahan mereka berzikir sendiri-sendiri. Sunyi keadaan masjid ketika itu. Masing-masing menumpukan kepada ibadah masing-masing. Cuma kadangkala terdengar suara si bayi merengek, mungkin kehausan susu, atau kanak-kanak berlari, bermain di serambi masjid.

Usai sahaja memohon keampunan Tuhan dan memuji-mujinya, seorang demi seorang bangun untuk menunaikan solat sunat ba’diyah Isya’.

Humaira sedang mengemas telekungnya. Dia sudah usai menunaikan solat sunat ba’diah Isya’. Dia sedang menunggu ibunya, makcik Limah yang masih sedang di tahiyyat akhir. Selesai sahaja solat, makcik Limah terus pergi ke arah anak perempuannya.

Jom balik ibu,” Humaira mengajak makcik Limah pulang ke rumah.

Makcik Limah hanya mengangguk. Sambil berjalan pulang ke rumah, kedua-dua beranak ini berbual-bual.

Siapa yang jadi imam solat Isya’ tadi ibu? Tak pernah dengar pun suaranya. Rasanya bukan Ustaz Taib jadi imam tadi,” Humaira menyoal ibunya.

Haah, bukan Ustaz Taib. Maghrib tadi ustaz Taib jadi imam, tapi tadi Isya’ bukan. Ibu dengar orang cakap yang imam tu anak ustaz Taib.”

Oo anak ustaz Taib. Anak dia yang mana ye? Tak pernah nampak pun anak dia ikut dia datang mengajar kat masjid ni,” Humaira menyoal lagi.

Entah ibu pun tak tahu,” jawab makcik Limah kepada anaknya.

Piin,” kedengaran bunyi hon kenderaan dibelakang mereka.

Makcik Limah dna Humaira terus berhenti. Sebuah kereta Iswara putih berhenti. Kelihatan didalamnya Ustaz Taib dan seorang pemuda. Ustaz Taib membuka tingkap keretanya. Dia menyapa makcik Limah.

Assalamualaikum WBT. Kak Limah apa khabar?”

Waalaikumussalam WBT. Eh ustaz, baik-baik sahaja. Ni ustaz nak pergi mana ni? Ini bukan arah ke rumah ustaz?”

Takdelah, saya nak pergi rumah tok penghulu sekejap. Ada hal nak bincang dengan dia.”

Ooo, eh tu siapa tu duduk sebelah ustaz tu?” soal makcik Limah sambil jarinya menunjukkan ke arah pemuda yang duduk di sebelah kiri Ustaz Taib.

Ini anak saya. Dia tengah cuti ni. Sebab tu dia ikut saya datang mengajar kat sini.”

“Ooo kat mana dia belajar tu ustaz?” soal makcik Limah lagi.

“Belajar agama je, dekat Universiti Islam Antarabangsa, dekat Gombak tu. Sekarangkan cuti semester, tu yang dia ada ni,” terang Ustaz Taib. Anaknya yang duduk disebelah hanya tersenyum sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Humaira yang sedang berdiri di sebelah ibunya, makcik Limah.

“Eh, ni anak akak ni, apa namanya? Dah lupa pulak, maklumlah dah tua. Sekarang study di mana?”

“Ooo yang ni nama dia Humaira. Sekarang baru je habis matrik kat UIA. Bulan Julai nanti dia masuk Gombak lah pulak.”

Ooo, Humaira ambil kursus apa kat UIA tu?” soal Ustaz Taib kepada Humaira pula.

“Ekonomi je.”

“Oo nanti masuk UIA, bolehlah jumpa dengan anak saya ni. Dia belajar kat UIA. Tapi kursus lainlah. Lagipun dia dah setahun kat sana.”

“Ooo,” jawab Humaira pendek. Dia kelihatan tidak selesa. Dia perasan bahawa anak Ustaz Taib tu sedang melihat ke arahnya.

“Okeylah kak Limah, saya pun dah lewat ni. Lama pulak nanti tok penghulu menunggu kat rumah dia tu. Saya pun memang dah janji nak pergi rumah dia tu,” terang Ustaz Taib.

“Baiklah ustaz, Assalamualaikum WBT.”

“Waalaikumussalam WBT,” jawab Ustaz Taib. Dia terus menutup tingkap keretanya. Kereta Iswara putih itu terus meluncur ke arah destinasinya. Humaira dan makcik Limah meneruskan perjalanan mereka. Dalam masa tidak sampai lima minit, mereka sudah sampai di halaman rumah.

*****

“Ooo, macam tu rupanya Ira start kenal dengan Bukhari.”

“Haah, macam tu je. Takdelah best sangat pun,” jawab Humaira pendek.

“Tapikan, dari cerita Ira tadi, Bukhari ni baik orangnya, kenapa sekarang Ira dan mak Ira macam tak suka je dengan Bukhari tu?” Alice menyoal lagi.

“Itu baru start cerita lah Alice. Ira belum cerita lagi bila Ira start berhubung dengan Bukhari, dan kenapa pulak Ira benci sangat kat dia sekarang.”

“Hah, apa lagi, ceritalah kat Alice. Macam best je!”

“Hah best kata Alice, sampai hati Alice kata macam tu,” Humaira seakan-akan merajuk.

“Alah Ira, Alice main-main jelah. Takde bestnya, Alice nak tahu je. Ceritalah Ira.”

“Yelah, yelah. Amoi ni tak sabar-sabar pulak.”

*****

“Hah, Ira. Dah siapke barang-barang nak pergi masuk Gombak tu. Semua barang dah belike?”

“Alah ibu, barang-barang dari matrik dulu boleh guna lagi. Semua still ada dalam kotak tu. Tak payah beli yang baru pun.”

“Takkan tak nak beli barang baru kot, sarung bantalke, sarung tilam ke, beg nak pergi kelas ke?” soal makcik Limah lagi.

“Isy, tak payahlah ibu. Elok lagi barang-barang tu. Ira baru guna setahun je kat matrik. Elok lagi.”

“Kalau macam tu baguslah.”

Humaira hanya tersenyum sahaja. Begitulah ibunya, sangat mengambil berat. Setiap hal akan diingatkan kepada Humaira. Dari sekecil-kecil hal, sampai yang sebesar-besarnya. Humaira sedang membaca buku yang baru dibelinya dari pekan Tampin tadi. Menarik tajuknya ‘Sifat Solat Rasulullah’. Tertulis di kulit buku nama penyusunnya Shaikh Nasiruddin al-Albani. Humaira terus membaca dan membaca. Banyak hal-hal dalam solat yang tidak diketahuinya wujud di dalam buku ini. Lebih-lebih lagi di dalam buku itu diletakkan sumber-sumber hadith untuk setiap perbuatan dan perihal di dalam solat. Seronok membacanya. Selama ini Humaira hanya belajar solat di sekolah. Tak pernah pulak di ajar apa buktinya Rasulullah SAW bersolat sebegitu rupa.

“Hah Ira, lupa lak ibu nak bagitahu tadi. Tolong pergi kedai jap. Beli mee kuning. Mak nak buat mee gorenglah petang ni.”

Humaira terus bingkas bangun. Dia meletakkan buku ‘Sifat Solat Nabi’ itu di atas rak bukunya. Dia terus mencapai tudung yang memang sudah sedia disangkut pada hanger. Mudah bila nak keluar nanti. Dia menyalin pakaiannya. Tadi di rumah dia hanya memakai kemeja T berlengan pendek sahaja. Dia terus menyalin memakai kemeja T berlengan panjang, labuhnya juga sampai hampir ke paras lutut.

“Ira, duit ada kat atas meja kat ruang tamu tu.”

“Baik ibu,” jawab Humaira pendek.

Dia terus turun dari rumahnya. Dia mencapai basikal LeRunnya. Jarak kedai runcit dari rumahnya tidaklah terlalu jauh. Kalau menunggang basikal, tak sampai 2 minit pun. Humaira terus memecut basikalnya. Seronok tunggang basikal laju-laju macam ni. Tiba di selekoh Humaira berhenti seketika. Melihatkan tiada kenderaan yang lalu. Dia terus melintas dengan basikalnya. “Piin, Piin!”, kedengaran suara hon. Humaira menoleh ke kirinya. “Ya Allah!” terpacul kalimah itu dari lidah Humaira. Motosikal yang tadi dia lihat jauh sudah semakin hampir dengannya. Dia cuba mengawal keadaan, Humaira terus mengelak ke tepi jalan. Basikal Le Runnya terlanggar pili bomba yang ada ditepi jalan tersebut. Humaira tersembam ke tanah.

Motor Honda EX5 tadi berhenti. Seorang pemuda yang berkemeja T turun dari motor itu. Enjin motosikal dimatikan. Dia melihat ke arah Humaira. Pemuda itu kelihatan sedikit takut-takut. Mungkin risau hal-hal yang tak diingini menimpa Humaira.

“Akak, akak tak apa-apa ke?” pemuda itu mula bertanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memanggil Humaira. Panggilan ‘akak’ lebih sopan mungkin baginya.

“Kamu ni buta ke apa? Tak nampak ke orang melintas kat depan tu. Dahlah tu bawak motor dalam kampung laju-laju pulak tu.”

“Kak, saya minta maaf kak. Saya nak cepat tadi. Akak tak apa-apake. Macam cedera je dekat tangan tu. Nak saya hantarkan pergi klinik.”

“Tak payah, saya boleh pergi sendiri,” jawab Humaira pendek.

Humaira terus bangun. Dia membelek-belek basikalnya. Dia tidak memandangpun ke arah pemuda tadi. Dia berdiri membelakangkan pemuda itu. Masih elok basikalnya. Tak payahlah dia nak berjalan kaki ke rumah. Dia membatalkan hasrat untuk pergi ke kedai. Dia berpatah balik pulang ke rumah. Waktu itu dia melihat ke arah pemuda yang hampir-hampir melanggar dia tadi. “Astaghfirullah!” Humaira terkejut.

Pemuda tadi juga menoleh ke arah Humaira. Dia turut terkejut. “Ya Allah!”

Humaira terus menuggang basikalnya pulang ke rumah. Dia sedikit menyesal. Sedikit rasa malu timbul dihatinya. Pemuda tadi juga turut terkejut. Dia membiarkan sahaja Humaira pergi. Nyaris-nyaris dia melanggar Humaira. Nasib baik tidak ada apa-apa yang terjadi.

Sampai sahaja di rumah. Humaira terus meletakkan basikal di bawah rumahnya. Dia terus berlari naik ke atas. Dia masuk ke bilik air. Dia cuba mencuci luka di pergelangan tangannya. Pedih. Dia menahan sakit. Humaira keluar dari bilik air. Makcik Limah kehairanan. “Aik, bila pulak dia balik,” hatinya berbisik.

“Ira, mana barang yang ibu suruh beli tadi?” soal makcik Limah.

“Ye mak. Tak sempat beli pun,” jawab Humaira pendek.

“Hah tak sempat beli? Macam mana pulak boleh tak sempat?” soal makcik Limah lagi. Dia terus pergi ke arah bilik anak daranya itu.

Dia melihat Humaira sedang meletakkan ubat pada ditangannya. Makcik Limah terkejut.

Ya Allah! Ira accident ke tadi, kenapa tak cakap kat ibu?”

“Sikit je ibu, bukan teruk sangat pun.”

“Hah yelah tu. Tak nak pergi klinik ke. Biar ibu call kan teksi. Kita pergi klinik. Biar doktor cuci luka kat tangan kamu tu. Cepat sikit sembuh.”

“Isy, tak payahlah ibu. Sikit je ni. Ira boleh letak ubat sendiri.”

“Suka hati kamulah Ira. Tulah bawak basikal laju-laju sangat. Kan dah accident!”

Humaira hanya mendiamkan diri sahaja. Dia terus meletakkan ubat di tangannya. Sesekali dia mengaduh kepedihan. Rasa pedih bila terlanggar luka ditangannya.

*****

“Haha! Kelakarlah Ira ni. Nasib baik tak apa-apa. Betullah cakap mak Ira tu. Ira suka sangat bawak basikal laju-laju,” Alice berseloroh sambil tergelak.

“Isy, apa pulak, budak tu lah. Bawak motor macam tak sayang nyawa.”

“Eh, sambung lah lagi. Baru pukul 11 ni. Pukul 12 malam nanti baru Ira boleh stop cerita.”

“Amboi! Ni nak dera Ira ke. Okeylah untuk cik Alice yang comel ni, Ira ceritalah lagi,” kata Humaira.

*****

“Assalamualaikum WBT.” Kedengaran suara lelaki di halaman rumah memberi salam.

WaalaikumussalamWBT.” Makcik Limah menjawab. Dia terus mencapai tudungnya yang ada di dapur. “Siapa pulak yang datang tengah-tengahari ni?” soalnya di dalam hati.

Makcik Limah terus bergerak ke pintu rumah. Dia melihat keluar. Kelihatan Ustaz Taib, isterinya dan anaknya yang menuntut di UIAM itu.

“Eh, ustaz, ustazah. Apa tercegat kat bawah tu. Naiklah atas,” makcik Limah mengajak mereka naik ke atas rumahnya.

Makcik Limah terus bersalaman dengan isteri ustaz Taib. Dia mempersilakan mereka duduk. Makcik Limah mahu memanggil Humaira untuk membuatkan air kepada tetamu yang ada ini. Makcik Limah membatalkan hasratnya. Dia teringat yang tangan anaknya luka. Mungkin masih sakit lagi agaknya.

“Eh ustazah, ustaz, kenapa datang tak beritahu. Ni tak sediakan apa-apa ni. Tengah masak tadi kat dapur.”

“Eh, tak payah susah-susahlah kak. Kami pun tak rancang pun nak datang ni.”

“Ooo, macam tu. Eh biar saya ke dapur kejap, sediakan minuman, panas-panas ni, mesti ustaz dan ustazah hauskan.”

“Eh tak payahlah kak. Kami datang ni pun ada hak sikit. Pasal Humaira.”

“Hah pasal Humaira. Kenapa dengan anak saya ustaz? Apa dia buat?” soal makcik Limah. Dia terkejut apabila tiba-tiba ustaz Taib menyebut nama anak tunggalnya.

“Tak ada apa-apa. Ni tadi Bukhari baru bagitahu. Waktu dia balik dari pekan tadi, dia hampir accident dengan Humaira kat simpang tadi. Tu yang dia ajak kami datang sini. Yelah nak tahu juga macam mana keadaan anak akak tu,” terang ustaz Taib.

“Ooo. Patutlah. Ira ada dalam bilik tu. Biar saya panggilkan dia kejap.”

Makcik Limah terus pergi ke bilik anaknya. Humaira sedang berbaring-baring sambil menyambung membaca buku ‘Sifat Solat Nabi’ tadi. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari kehadiran ibunya di pintu biliknya.

“Ira, Ira. Keluar kejap nak. Ustaz Taib sekeluarga ada kat luar tu. Mereka nak jumpa Ira.”

Humaira terus mencapai tudungnya. Dia dapat menjangka tujan kehadiran ustaz Taib sekeluarga. Humaira terus bergerak ke ruang tamu. Dia pergi ke arah isteri ustaz Taib. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustazah Hasmah, isteri ustaz Taib.

“Apa khabar ustazah,” Humaira bertanya khabar sambil bersalaman.

“Ustazah baik-baik sahaja. Humaira macam mana?”

“Saya sihat je ustazah.”

“Hah luka Humaira tadi macam mana. Nak ustaz bawakan pergi klinikke?”

“Isy tak payahlah ustaz, sikit je ni,” jawab Humaira pendek.

“Kami datang ni nak mintak maaflah pada kak Limah dan Humaira tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Ni si Bukhari ni yang beria-ria ajak datang. Takut sangat dia tadi lepas waktu hampir accident dengan Humaira ni.”

“Takpelah ustaz, ustazah. Bukan apa-apa pun. Sikit je ni. Silap saya juga tadi. Main lintas je,” terang Humaira pula.

“Tulah, Bukhari ni. Dah berapa kali ummi cakap. Bawak motor tu perlahan-lahanlah sikit. Ni main laju je. Nasib baik tak jadi apa-apa,” tambah ustazah Hasmah lagi.

“Saya minta maaf ye Humaira. Tak sengaja tadi,” Bukhari pula bersuara.

“Hah rancak berbual. Berbual-bual tu, jom le minum sikit,” makcik Limah bersuara sambil menghidangkan air dan sedikit kuih kepada ustaz Taib sekeluarga.

“Eh dengar ceritanya, Humaira minggu depan dah nak masuk UIA Gombak ye?” soal ustazah Hasmah.

“Iye ustazah, minggu depan. Ada sesi orientasi lagi kat sana nanti. Lepas seminggu tu baru start kelas agaknya.”

“Haah, seminggu nanti kena sesi orientasi, tapi kat UIA dia tak panggil orientasi,” Bukhari cuba mencelah.

“Oo dia panggil apa pula?” soal ustazah Hasmah.

“Kat UIA dia panggil taaruf week.”

“Ooo, macam tu,” sampuk makcik Limah pula.

“Eh nanti minggu depan nak pergi UIA naik apa pula? Takkan naik bas kot? Barang banyak tu biasanya kalau budak baru masuk,” ustaz Taib pula mencelah.

“Rancangnya mungkin nak sewa kereta dari Tampin ni. Ingatkan petang ni nak pergi rumah Haji Abu tu. Ingat nak sewa van dia tu. Yelah banyak barang nak dibawakan.”

“Eh, apa kata biar kami je hantar. Lagipun waktu tu hari Ahad, bukan kami bekerjapun.

“Isy, tak payahlah ustaz, buat susah-susah ustaz je.”

“Takpe, kami pun boleh le juga nak ziarah saudara-mara kat Kuala Lumpur tu. Lagipun bukan jauh sangat. Dua jam sahaja perjalanan dari Tampin ni.”

“Hah, nanti saya ada waktu sesi taaruf week tu. Saya jadi komiti waktu taaruf week tu.”

“Ooo, baguslah macam tu. Kalau Humaira ada apa-apa masalah. Bolehlah jumpa je Bukhari ni. Mintak tolong dia. Manalah tahu kena ragging ke.”

“Isy ummi ni, kat UIA mana ada ragging-ragging.”

“Eh, tak ada ke. Ummi selalu dengar kat tempat lain, kalau orientasi je, mesti ada ragging-ragging ni. Benda biasa je ragging-ragging ni.”

“Tak adalah ummi. Kat UIA tak ada semua benda ni.”

“Oo baguslah macam tu. Tak payahlah makcik nak risau sangat tentang Humaira ni,” sampuk makcik Limah pula.

Humaira hanya mendiamkan diri. Dia memang sudah seda tahu bahawa di UIA tiada budaya ragging. Sejak masuk ke matrikulasi UIA di Petaling Jaya lagi, dia sudah tahu akan hal ini. Inilah yang mungkin membezakan UIA dengan universiti-universiti yang lain.

“Hah, Bukhari bagilah nombor handphone kamu kat Humaira. Senanglah dia nak telefonke, sms ke waktu kat Gombak nanti. Manalah tahu ada hal-hal penting ke,” ustazah Hasmah bersuara lagi.

“Betul cakap ummi kamu tu. Kalau demam ke, atau nak pergi Bandar KL beli barangke. Bolehlah kirim kat Bukhari ni. Dia ada motor. Tak payah Humaira nak keluar pergi bandak KL tu,” ustaz Taib menyokong saranan isterinya ustazah Hasmah.

“Isy, tak payahlah ustaz, ustazah. Buat susah-susah je,” jawab Humaira pula.

“Eh tak apa. Hah Bukhari, bagilah nombor handphone kamu kat Humaira tu,” ustaz Taib berkata kepada anaknya.

Bukhari menyebutkan nombor handphonenya sambil tangan Humaira ligat menaipnya di telefon bimbit jenis Nokia.

“Humaira, miss call saya. Saya nak save no handphone kamu,” Bukhari bersuara.

Humaira tidak berkata apa-apa. Dia terus mendail nombor telefon Bukhari yang baru sahaja dia dapat tadi. Telefon bimbit Bukhari berbunyi. Nombor telefon Humaira tertera di skrin telefon Bukhari. Bukhari menekan butang telefon bimbitnya dan menyimpan nombor Humaira.

“Eh, kak Limah. Kami balik dululah. Nanti apa-apa hal. Kami telefonlah,” ustazah Hasmah bersuara seraya bangun untuk bersalaman dengan makcik Limah dan Humaira.

“Iye, insya-Allah ustaz, ustazah. Kalau senang nanti. Datanglah lagi kat rumah ni,” jawab makcik Limah pula.

Ustaz Taib sekeluarga terus turun dari rumah makcik Limah. Makcik Limah dan anaknya Humaira berdiri di pintu rumah mereka sambil memerhatikan kereta ustaz Taib beredar dari rumah mereka.

Humaira terus membantu ibunya mengemaskan cawan-cawan minuman tadi. Walau luka ditangannya masih terasa pedih. Dia tetap membantu ibunya.

Dia terus melangkah ke dalam biliknya. Dia ingin menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi nya itu. Asyik tergendala sahaja dari tadi. Kalau boleh tengahari ini juga ingin dikhatamnya buku itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Humaira terus membuka peti mesejnya. Tertera nama Bukhari sebagai penghantar mesej itu. “Apa pulak mamat ni nak, baru dapat nombor dah hantar mesej,” rungut Humaira di dalam hatinya. Dia terus membaca mesej itu.

“Aslm wbt. Ya ukhti Humaira, ana mahu minta maaf atas kejadian tadi. Bukan sengaja nak langgar anti tadi.”

Humaira hanya membaca mesej itu. Dia tidak membalas pun. Malas kata hatinya. Dia terus membaca dan membaca buku Sifat Solat Nabi itu. Dan tanpa disedari dia terlelap di atas katilnya. Buku yang dibaca itu terletak di atas dadanya. Mungkin terlalu letih. Makcik Limah usai solat Zohur. Dia terus ke bilik Humairah. Fikirnya mahu mengajak Humaira makan tengahari. Dia membatalkan niatnya itu apabila melihat anak tunggalnya itu sudah tidur. Dia membiarkan sahaja.

Jam 2.30 petang baru Humaira terjaga. Dia melihat telefon bimbitnya. Ada tiga sms yang diterima. Dia terus meembaca. Ketiga-tiga mesej itu dari Bukhari.

Mesej pertama: “Kenapa anti tak balas sms ana? Anti masih marah dengan ana?”

Mesej kedua: “Anti masih marah dengan ana?”

Mesej ketiga: “La Ba’sa. Ana tahu siapa diri ana. Kalau anti tak mahu berkawan dengan ana pun tak apa.”

Humaira hanya menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham. Baginya tiada keperluan untuk dia membalas SMS Bukhari. Belum pernah dia berhubung dengan mana-mana lelaki, bahkan nombor telefon bimbitnya pun tidak diketahui mana-mana lelaki pun. Tadi pun, dia tidak ada alasan untuk menolak bila Bukhari meminta nombor telefon bimbitnya. Jika tadi tiada ustaz Taib dan ustazah Hasmah. Memang jangan mimpi Bukhari akan mendapatkan nombor telefonnya. Humaira terus mendelete sms-sms dari Bukhari tadi. “Malas aku nak layan,” dengus Humaira di dalam hatinya.

(bersambung, insya Allah)

0 comments:

Post a Comment